Minggu, 25 Oktober 2009

Kebudayaan

Sesunggunya berbagai kebudayaan yang dimiliki dan diwarisi suku kaum di Sabah adalah pancawarna yang dapat menambat hati setiap individu mendekati serta mengkaji nilai-nilai budaya bangsa yang terdapat di seluruh pelusuk negeri ini. Berbagai adat dan yang budayamiliki suku kaum di Sabah menjadi satu ciri kekuatan yang tidak terdapat di negara lain.
Untuk
mengwujudkan masyarakat penyayang yang menganjur budaya saying menyayangi yakni system sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insane tidak hanya berkisar kepada negara atau individu tetapi merangkumi sekeliling system kekeluargaan yang kukuh.

Majlis anjuran Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negeri Sabah (JKKWNS) dengankerjasama Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Persatuan Tidong Sabah (PTS) itudihadirisama Ahli Parlimen Libaran merangkap Presiden Persatuan Tidong Sabah, Datuk JuslieAjirol, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Sabah, Mesran Mohd Yusop, wakil Presiden Majlis Perbandaran tawau, Halimah Yahya sertakakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Antara lain objektif utama upacara yang diselenggara bersama JKKW negeri Sabah dan MPT serta Persatuan Tidong Sabah itu ingin mengekalkan tradisi khenduri adat di kalangan masyarakat setempat, memupuk semangat gotong-royong,muafakat dan kerjasama,mengwujud hubungan baik antara pemimpin dan rakyat melalui aktiviti senibudaya, menjalin hubungan dan interaksi di kalangan masyarakat berbilang etnik kearah melahirkan masyarakat penyayang, bersatupadu serta memastikan senibudaya dan nilai murni warisan bangsa dapat dipertahankan, dipelihara dan didokumentasi sebagai bahan rujukan dan sumber ilmu.

Pasak Indong atau naik buai yang diamalkan suku kaum Tidong di Sabah merupakan istiadat khusus bagi anak yang baru dilahirkan yang akan dilangsungkan semasa bayi berumur tujuh hari hingga 27 hati atau tiga bulan.

Upacara itu akan dimulakan dengan ibu bayi di bawa turun menjejaki tanah sebagai tanda tempoh berpantang sudah berakhir dan si ibu akan melalui beberapa upacara seperti memijak batu asah dan meminum air putih yang disediakan mak bidan.

Bagi memulakan upacara tersebut bayi akan diletakkan di atas dulang yang dialas dengan "Gabol Lipet Raja Bersila "yaitu tujuh helai kain sarung berlipat sebagai alas bayi yang diletakkan dalam dulang.

Upacara akan dimulakan oleh mak bidan berserta tujuh orang wanita tua memasukkan bayi bersama sehelai kain Gabol Lipet Raja Bersila di dalam buaian dan dikeluarkan sambil diletakkan di atas dulang sehingga berulang tujuh kali dibantu secara bergilir tujuh orang wanita tua sehingga helaian terakhir.

Selain itu upacara keagamaan Berjanji dan doa selamat diikuti upacara "Gunting Abuk" ( gunting rambut) akan diteruskan sementara bayi yang dilahirkan pada bulan Safar akan menjalankan upacara "Penimbangan" (bayi ditimbang dengan pelbagai jenis buah-buahan dan kuih-muih tradisi suku kaum Tidong).

Khenduri Adat yang menjadi tradisi dan amalan dalam masyarakat dan suku kaum di Sabah kian pupus dan terpinggir akibat pengaruh kehidupan modern yang melanda masyarakat hari ini seharusnya dipelihara dan dihidupkan kembali sebagai wadah penerapan nilai-nilai budi dan daya (budaya) dikalangan rakyat sekaligus sebagai landasan mengwujudkan semangat mufakat, kerjasama dan toleransi kaum melalui amalan bergotong royong kearah perpaduan kaum.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar